DIET SIHAT TANPA PERLU BERLAPAR




Diet...perkataan pertama yang mungkin terpacul dalam pemikiran anda mungkin KENA KURANGKAN MAKAN. Kadang-kadang ada yang terus tak nak makan langsung dari pagi sampai ke malam. Then, bila time malam ada orang bagi makanan sedap-sedap terus makan macam orang tak ingat dunia, maklum la da lapar sangat..haha. Ini cerita kawan saya sendiri sebenarnya yang terdesak sangat nak turunkan berat badan tapi tak tau cara yang betul. Sampai hari ni saya jumpa dia tak turun2 berat badannya. Mungkin turun sikit la tapi tak tau dari mana berat badan tu berkurang, dari lemak atau pun otot a.k.a daging anda.

Diet sihat tanpa perlu berlapar?Macam mana tu?

Badan kita akan menyerap nutrisi makanan dengan sempurna bila kita makan makanan yang mempunyai kombinasi yang berbeza-beza. Dan kombinasi ini boleh diguna-pakai oleh ramai orang termasuk la orang yang suka bina badan. Diet seimbang yang disarankan oleh McGovern Select Committee on Nutrition and Human Needs adalah 12% protein, 58% carbohydrate dan 30% fats. Banyak btol karbohidrat kan? Sebenarnya ini yg dia rekemen je, tak semstinya kita kena ikut 100% apa yang dia tulis. Bole try and error tgk mana yang sesuai untuk anda. Paling sesuai kita seimbangkan protein dengan karbohidrat 40:40. 20% lagi dari fats, dan sebenarnya jumlah ini sesuai untuk wanita dan kurangkan sikit bagi lelaki (15% dan kebawah). Kat bawah nanti saya tulis apa yang di panggil karbohidrat dan fats yg baik atau pun boleh dimakan untuk membuatkan anda sentiasa rasa kenyang tanpa perlu berlapar. Dan yg paling penting anda tak akan menambah berat yg tak sepatutnya.

Sebelum tu saya nak kongsi cite mengenai kawan saya (perempuan) yang berjaya menurunkan berat badan dalam masa beberapa bulan sahaja. Apa yg dia buat adalah TAK MAKAN NASI LANGSUNG dalam masa beberapa bulan dan berterusan sehingga dia berpuas-hati dengan berat badannya. Dia suka makan telur rebus which is good sebab ada protein dan tak berminyak atau kurang kolesterol. Dia pun bersenam 3-4 kali seminggu mengikut kelapangan untuk bakar kalori yang dimakan setiap hari. Jadi, apa keputusannya?Ya, dia berjaya menurunkan berat badan dan nampak makin slim dan bergaya berbanding dulu, memang nampak lain.

Akan tetapi, disebabkan dia kurangkan makan karbohidrat terlampau drastik dan kurang setiap hari badan dia jadi agak lemah kerana pengaliran darah ke otak menjadi kurang stabil akibat diet yang kurang seimbang. Pelajaran dia pun agak terganggu, makan tapi cepat lapar sebab tak makan nasi. Jadinya susah nak maintain diet mcam ni katanya.


Diet apa yang betul sebenarnya?

Tak ada yang btol dan salahnya dalam situasi ini, cuma anda ada cermin kat rumah kan?Setiap minggu tengok badan anda sendiri dari hujung kepala sampai hujung kaki dan juga depan dan belakang. Ada yang tak kena tak dengan diet dan badan anda? Sambungan dari cite kat atas, saya tanya dia mcam mana nak tahu badan dia da ok?Dia kata timbang je la berat badan then tengok berat berkurang ke tak. Kalau kurang ok la tu. Tapi kan, peratus lemak dalam badan boleh tahu ke dengan penimbang biasa?Jawapannya memang tak boleh.

Jalan senang beli penimbang yang bole tunjuk komposisi lengkap badan kita termasuk, berat lemak dan otot badan kita. Kawan saya tu mmg berat badan dia turun tapi lemak tetap ada kat setiap inci badan termasuk perut yg sangat dibenci manusia sejagat termasuk saya..haha. Memang tak kan nampak jelas sangat la sebab badan dia sudah mengecil sebab otot badan perempuan mmg sikit berbanding lelaki. Badan kita sebenarnya perlu karbohidrat yg cukup untuk membakar lemak. Then, tau tak apa kelebihan turunkan berat badan dengan membakar lemak?Jawapannya, korang susah nak tambah balik berat yang melampau-lampau!

Tukar sumber karbohidrat anda kepada yang lebih baik.

Jadi jalan penyelesaian yang terbaik untuk mendapatkan karbohidrat yang cukup setiap hari adalah dengan mengambil karbohidrat yang baik. Contohnya, makan beras perang, beras organik dan yang sewaktu dengannya. Dan jangan makan beras putih. Masalah beras putih adalah sumber karbohidratnya banyak datang dari gula. Sebab tu kalau makan beras putih terlampau banyak bole menyebabkan kegemukan. Makan lauk tak banyak pun tapi tetap tambah berat jugak. Beras perang kurang gula tapi still ada karbohidrat yang tinggi dan anda akan sentiasa rasa kenyang. Selain tu, makan sayur-sayuran dan buah-buahan pun bole buat kita rasa kenyang lebih lama. Yg paling best dua makanan ni pun bole membantu untuk membakar lemak. Selain itu, whole grain bread dan oatmeal pun bagus untuk sumber karbohidrat. Roti putih?Better elakkan kalau nak turun badan cepat.

Untuk permulaan, mungkin anda bole kurangkan pengambilan nasi putih pada waktu malam sahaja dan makan seperti biasa pada waktu siang. Lepas tu cuba makan nasi perang satu kali sehari waktu makan tengah hari. Biasakan secara perlahan tak perlu nak tukar diet secara drastik!

Diet sihat tak susah seperti yg anda fikirkan, anda cuma perlu tahu apa yg perlu dimakan dan apa yg perlu dikurangkan dan dielakkan secara perlahan-lahan. Karbohidrat yg tidak baik termaksuklah gula putih, roti putih, minuman berkarbonat dan juga makanan ringan yang di proses.




Diet-sihat-tanpa-perlu-berlapar
Banyakkan makan buah-buahan. Buah mengandungi gula semulajadi yang baik untuk anda




Diet-sihat-tanpa-perlu-berlapar
Nasi perang


Diet-sihat-tanpa-perlu-berlapar
Roti gandum penuh (whole grain)


Sumber Protein yg baik.
Kalau bole kurangkan pengambilan protein dari makanan segera seperti burger dan sebagainya. Kerana makanan seperti ini sudah diproses dan bercampur-aduk dengan pelbagai bahan yg mengurangkan kandungan protein di dalamnya. Lebih baik makan natural food atau pun makanan masak sendiri seperti ikan, daging dan ayam. Again, No Process Food. Always Natural Food. Nak ambil makanan tambahan seperti collagen pun amat digalakkan kerana sebahagian kandungan protein juga terdiri daripada collagen. Kalau saya nak ulas semua memang panjang, kena tunggu next entry dulu okay.

Diet kat dunia ni ada bermacam-mcam. Untuk next entry saya akan kongsikan perbezaan Diet-diet yang ada kat dunia ni supaya lebih jelas dan anda boleh pilih nak cuba diet yg mana. Apa yg saya tulis adalah melalui pengalaman dan pembacaan saya sendiri. Sekiranya anda ada pendapat sendiri boleh dikongksikan di ruangan komen. Sharing is caring.:)


Terima kasih kerana membaca. Komen dan Share kalau anda suka artikel ni:)

No comments:

Post a Comment